[IMG]http://i158.photobucket.com/albums/t103/agrosis/Ecpibanner.jpg[/IMG]

Saturday, December 19, 2009

BAGAIMANA UNTUK MEMBERI ARAHAN KEPADA MINDA ANDA

Percayakah sekiranya saya katakan bahawa, minda kita boleh diarahkan kemana sahaja yang kita sukai atau dengan kata lain, kita boleh programkan minda kita sebagaimana kita membuat aturcara komputer. Dalam aturcara komputer kita membuat satu set bahasa (language) untuk mengarahkan komputer mengeluarkan (output) dan melakukan apa yang kita kehendaki. Kita mengkehandaki komputer menyenaraikan alamat atau no telelefon maka kita buat satu set bahasa seperti "list address1,no_tel" contohnya. Set bahasa ini akan kita simpan untuk digunakan dimasa akan datang.
Bagaimana untuk memprogramkan minda kita pula. Perkara yang sama sebenarnya kita lakukan seperti mana komputer diprogramkan. Pernah kah anda melihat anak gajah yang dirantaikan kakinya supaya ia tidak boleh melangkah jauh. Rantai ini diikatkan bertahun tahun lamanya sehingga dewasa. Secara logiknya, bila sudah dewasa rantai tersebut boleh diputuskan dengan senang sahaja tapi kenapa tidak dilakukanya?. Gajah tersebut sebenarnya telah cuba memutuskan beratus ratus kali semasa digelar anak gajah dahulu tetapi setiap kali mencuba ia gagal sehingga sehingga ujud satu "program" dalam mindanya "aku tak kan lepas selagi ada rantai pada kaki". Jadi walaupaun dia telah mempunyai kekuatan berpuluh kali ganda tapi ia tetap tidak akan memutuskan rantai kerana telah ada satu set program dalam mindanya.
Begitu juga pada kita yang bergelar manusia. Kita boleh setkan program melalui banyak cara melalui subconscious mind yang saya akan terangkan dilain artikal.

No comments:

Post a Comment