[IMG]http://i158.photobucket.com/albums/t103/agrosis/Ecpibanner.jpg[/IMG]

Saturday, December 19, 2009

MINDA SEDAR DAN MINDA SEPARA SEDAR

Minda sedar (conscious mind) dan Minda Separa Sedar (Subconscious mind) merupakan dua bahagian otak yang mempunyai fungsi yang berlainan.

Minda sedar lebih memahami perkara perkara yang logik seperti matematik, membuat keputusan, turutan ataupun perkara perkara yang tidak boleh dipertikaikan kesahihanya. Minda ini hanya berfungsi dalam masa kita sedar sahaja. Oleh kerana ruang untuk minda sedar ini amat kecil iaitu 10% maka sifat lupa akan terjadi. Kalau ibarat sebuah komputer yang sudah penuh maka sebahagian maklumat yang ada ada didalamnya akan hilang.

Minda Separa Sedar pula adalah minda yang berfungsi merakam segala pengalaman yang mewarnai kehidupan kita dari sejak kita mula mengenal dunia ini. Kita semua dapat mengingati dengan jelas wajah kedua orang datuk kita walaupun mereka telah meninggal berpuluh tahun yang lalu. Menurut kajian sehingga usia 60 tahun manusia hanya menggunakan 10% peratus sahaja minda separa sedar. Kalau minda sedar memahami perkara yang logik, minda separa sedar pula lebih kepada kreativiti, imeginasi dan lain lain.

No comments:

Post a Comment